HOME

..."السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"...
" VISI " : SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DIDALAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2015..
"MISI" - SENTIASA MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASPIRASI NEGARA. Terima Kasih Kerana Sudi  Mengunjungi  Blog Kami ...
gifgifs.com

Monday, March 28, 2011

PENGANUGERAHAN NKRA 2010

TAHNIAH 
PENGANUGERAHAN NKRA 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia
"Semoga penganugerahan ini akan menaikkan semangat para guru untuk cemerlang dalam semua bidang yang diceburi....amin"

Wednesday, March 9, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011


Aktiviti sepanjang majlis
(akan di upload sikit masa lagi )


CARTA ORGANISASI SK BULOH POH 2011

Tuesday, February 8, 2011

MAJLIS PERPISAHAN CG NOOR B JUSOH


7 Februari 2011 - Secara rasminya SK Buloh Poh telah 'kehilangan' seorang guru yang amat berjasa kepada sekolah ini. En Mohd Noor b Jusoh selaku Penolong Kanan Pentadbiran SK Buloh Poh telah bertukar ke SK Kubang Kiat menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran. Warga sekolah amat terasa di atas 'kehilangan' ini kerana En Mohd Noor b Jusoh telah menabur bakti dan jasa yang lama di sini. dalam satu jangka masa yang cukup lama dan amat meninggalkan kesan kepada warga sekolah. Pelbagai rintangan diharungi, pelbagai budi dan jasa ditabur demi menaikkan kegemilangan SKBPoh. Kami warga SKBPoh berdoa semoga En Mohd Noor dapat meneruskan kesinambungan tugas di sekolah baru. Selamat bertugas di tempat baru, kenang kami dalam doa mu.
Gambar Sekitar majlis yang diadakan....(akan di upload sedikit masa lagi)


< >
< >

Saturday, January 22, 2011

PERJUMPAAN IBUBAPA PELAJAR TAHUN 6

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA 
PELAJAR TAHUN 6
2011
Tempat: Makmal Komputer
Tarikh: 22 Jan 2011
Majlis ini telah diadakan adalah bertujuan untuk bersemuka dengan ibubapa yang mana anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Guru Besar telah menyampaikan amanat dan harapan pihak sekolah terhadap murid Tahun 6 ini semoga dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah dalam peperiksaan nanti. Semoga apa yang diharapkan dan diidamkan oleh pihak sekolah akan menjadi kenyataan......AMIN


Barisan Pihak Sekolah




Sunday, January 9, 2011

LAWATAN JEMAAH NAZIR

Lawatan Jemaah Nazir Negeri dan Persekutuan ke sekolah untuk membuat penyemakan fail berdasarkan NKRA (SKPM) yang diwawarkan oleh pihak kerajaan. Setiap orang guru di temubual untuk mendapatkan maklumat yang telus mengenai sekolah. Lawatan ini tamat pada jam 2.00 ptg.
Semoga lawatan oleh pihak Nazir itu dapat memberi suntikkan semangat kepada semua guru di SKBPoh.

Thursday, January 6, 2011

BANJIR 06.01.2011

 Pada pagi ini proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam air kerana hujan turun dengan lebat, menyebabkan air telah melimpah masuk ke dalam kelas, tetapi dengan semangat yang baru untuk menuntut ilmu murid-murid masih kekal didalam kelas. Insya' allah jika reda hujan air akan surut...





Monday, December 27, 2010

MESYUARAT GURU & PENDAFTARAN TAHUN 1

PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1
Masa : Jam 8.00 pagi

MESYUARAT GURU 
Masa : Jam 9.30 pagi
Tarikh : 28 Disember 2010
Tempat : Makmal Komputer
................Harap Maklum................

Monday, November 29, 2010

BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KLIK DI SINI ATAU TAJUK DI ATAS UNTUK DOWNLOAD
BAHAN KSSR TAHUN 1
(untuk semua mata pelajaran)
Harap Maklum.....

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT MENYAMBUT IDUL ADHA 2010


DARI WARGA SK BULOH POH

Sunday, November 14, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Tanggal 11 November 2010- Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan di seluruh Malaysia pada hari ini telah menamatkan debaran yang dinantikan oleh seluruh warga SK Buloh Poh. Hanya seorang saja yang mendapat 5A iaitu Aisa Nurfika
AISA NURFIKA
Pencapaian keseluruhan amat memberangsangkan iaitu 83.3 %.(GPS: 2.06)
Peratusan Mengikut Matapelajaran adalah seperti berikut:
BMK :   95.8%
BMP :    83.3%
B.IG :    100%
MATE:  100%
SNS :    100%

Monday, November 1, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010
TARIKH : 1-3 OKTOBER 2010
"Selamat Menjawab Soalan Dengan Teliti"

Tuesday, October 26, 2010

MAKLUMAN

MESYUARAT KURIKULUM DAN TAKLIMAT TQM
TARIKH : 27 OKTOBER 2010 
HARI : RABU
MASA : 12.40
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
"SEMUA GURU DIWAJIBKAN HADIR..."
SEKIAN

Monday, October 18, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KELAS KAFA 2010

PENGUMUMAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KELAS KAFA
Sasaran : Murid Tahun 2, 3 dan 4
Tarikh: 25 dan 26 Oktober 2010
Hari : Isnin dan Selasa
Template Design by faris vio