HOME

..."السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"...
" VISI " : SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DIDALAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2015..
"MISI" - SENTIASA MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASPIRASI NEGARA. Terima Kasih Kerana Sudi  Mengunjungi  Blog Kami ...
gifgifs.com

Wednesday, July 27, 2011

PERJUMPAAN IBUBAPA MURID UPSR2011

Majlis perjumpaan pihak pentadbiran dengan ibubapa murid tahun 6 untuk UPSR 2011. Taklimat ini disampaikan oleh Guru Besar iaitu En Aziz Mat Ail dengan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn Nor Atikah Abdul Majid.


Monday, July 25, 2011

PRA PERCUBAAN UPSR

Bagi murid-murid tahun 6, hari ini telah diadakan peperiksaan Pra Percubaan UPSR 2011. Peperiksaan ini akan berlangsung sepanjang 3 hari, iaitu Isnin, Selasa dan Rabu ( 25,26 & 27 Julai 2011 ).
Kepada semua murid diucapkan selamat menjawab peperiksaan dengan tekun dan teliti. 



"SEMOGA KEJAYAAN ANDA MENJADI KEBANGGAAN KAMI"

Sunday, July 24, 2011

PROGRAM BUKU SIFIR DITANGAN

Pelancaran Program Buku Sifir ditangan Murid telah dilancarkan secara rasmi oleh Pn Nor Atikah Abdul Majid, Penolong Kanan Pentadbiran di tapak perhimpunan SK Buloh Poh. Sasarannya kepada murid Tahun 2 hingga Tahun 5. Mereka ini akan dibahagikan buku sifir yang perlu disemak oleh pihak guru apabila mereka selesai mengingatinya.. Saguhati disediakan kepada murid yang terawal mengingatinya.
"KECEMERLANGAN DAN KEJAYAAN ANDA HARAPAN KAMI"

Wednesday, July 13, 2011

Sunday, July 10, 2011

LAWATAN PEGAWAI JPN (BHG PEMBANGUNAN)

Hari ini SK Buloh Poh dilawati oleh dua orang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan bahagian Pembangunan Sekolah. Beberapa tempat telah dilawati untuk projek Bangunan baru....
Dibelakang kawasan Padang Sekolah

Sekitar Bilik j-Qaf

PROGRAM MINGGU B.INGGERIS & SAINS

Pada 10 Julai 2011, panitia B.Inggeris telah mengadakan minggu bahasa Inggeris bersama dengan panitia Sains. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang minggu ini.
Antara program yang dijalankan bermula hari ini ialah "English Presentation 'A Red Bunny' for Year 1 "

Aktiviti Sains pula ialah mengajukan soalan secara spontan untuk tahap 1 dan 2 ditapak perhimpunan.

Murid yang dapat menjawab dengan betul terus diberikan saguhati.

Monday, July 4, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR
Di Dewan al-Ghazali
SMK Agama Melor
Kota Bharu, Kelantan.
Sebilangan pelajar SK Buloh Poh telah di hantar untuk mengikuti program ini.

Template Design by faris vio