7 Februari 2011 - Secara rasminya SK Buloh Poh telah 'kehilangan' seorang guru yang amat berjasa kepada sekolah ini. En Mohd Noor b Jusoh selaku Penolong Kanan Pentadbiran SK Buloh Poh telah bertukar ke SK Kubang Kiat menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran. Warga sekolah amat terasa di atas 'kehilangan' ini kerana En Mohd Noor b Jusoh telah menabur bakti dan jasa yang lama di sini. dalam satu jangka masa yang cukup lama dan amat meninggalkan kesan kepada warga sekolah. Pelbagai rintangan diharungi, pelbagai budi dan jasa ditabur demi menaikkan kegemilangan SKBPoh. Kami warga SKBPoh berdoa semoga En Mohd Noor dapat meneruskan kesinambungan tugas di sekolah baru. Selamat bertugas di tempat baru, kenang kami dalam doa mu.
Gambar Sekitar majlis yang diadakan....(akan di upload sedikit masa lagi)
Majlis ini telah diadakan adalah bertujuan untuk bersemuka dengan ibubapa yang mana anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Guru Besar telah menyampaikan amanat dan harapan pihak sekolah terhadap murid Tahun 6 ini semoga dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah dalam peperiksaan nanti. Semoga apa yang diharapkan dan diidamkan oleh pihak sekolah akan menjadi kenyataan......AMIN
Lawatan Jemaah Nazir Negeri dan Persekutuan ke sekolah untuk membuat penyemakan fail berdasarkan NKRA (SKPM) yang diwawarkan oleh pihak kerajaan. Setiap orang guru di temubual untuk mendapatkan maklumat yang telus mengenai sekolah. Lawatan ini tamat pada jam 2.00 ptg. Semoga lawatan oleh pihak Nazir itu dapat memberi suntikkan semangat kepada semua guru di SKBPoh.
Pada pagi ini proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam air kerana hujan turun dengan lebat, menyebabkan air telah melimpah masuk ke dalam kelas, tetapi dengan semangat yang baru untuk menuntut ilmu murid-murid masih kekal didalam kelas. Insya' allah jika reda hujan air akan surut...
Tanggal 11 November 2010- Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan di seluruh Malaysia pada hari ini telah menamatkan debaran yang dinantikan oleh seluruh warga SK Buloh Poh. Hanya seorang saja yang mendapat 5A iaitu Aisa Nurfika
AISA NURFIKA
Pencapaian keseluruhan amat memberangsangkan iaitu 83.3 %.(GPS: 2.06)
Peratusan Mengikut Matapelajaran adalah seperti berikut: