HOME

..."السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"...
" VISI " : SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DIDALAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2015..
"MISI" - SENTIASA MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASPIRASI NEGARA. Terima Kasih Kerana Sudi  Mengunjungi  Blog Kami ...
gifgifs.com

Saturday, January 23, 2010

Sunday, January 17, 2010

MESYUARAT PERANCANG UPSR 2010

Untuk makluman Jawatankuasa UPSR 2010
Satu mesyuarat jawatankuasa UPSR 2010 akan diadakan sepertimana berikut:
Tarikh : 18 Januari 2010 ( Isnin )
Tempat : Makmal Komputer
Masa : 1.20 ptg
* Semua jawatankuasa wajib hadir .*
Sekian......

Friday, January 1, 2010

Wednesday, December 30, 2009

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 , kepada semua warga SKBpoh dan juga kepada Umat Islam diseluruh dunia. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua akan diberkati oleh Allah swt dalam semua perkara yang kita lakukan.
Semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi setiap pekerjaan yang kita lakukan....
"TAHUN 1431 AKAN MEMBUKA LEMBARAN BARU KEPADA WARGA SKBPOH" Insya'allah... amin

Friday, November 20, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009




TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pencapaian 5 A UPSR 2009
4 orang telah membuktikan pencapaian mereka.



1. NIK NURA ADILA NIK DZULKARNAIN
2. FATIN NUR FITRIAH MD ZAKRI
3. NUR IZZATI MOHD SABARUDDIN
4. NUR'AIN SYAFIKKAH M NASARUDDIN

Sunday, November 15, 2009

Penyampaian Sijil Penghargaan Pengawas Perpustakaan 2009

KENANGAN BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH

Sunday, November 8, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN SKBPOH 2009

"MALAM KENANGAN SEMUSIM SEABAD TERASA"
Tempat:
RESTORAN UKIR SERI ANJUNG
Tarikh:
6 NOVEMBER 2009
Masa:
8.30 Malam
Makan malam ini diceriakan lagi dengan kedatangan ahli keluarga yang sama-sama menyertainya. Bermula dengan bacaan doa, majlis diteruskan dengan santapan sajian dan penyampaian hamper kepada semua STAF SKBPoh serta tidak lupa juga kepada bekas guru SKBPoh yang bertukar ke SK Jelawat iaitu Pn Noriha yang dijemput memeriahkan majlis ini.





"penyampaian cenderahati kpd Cikgu Noriha"



Antara Guru yang datang berkeluarga adalah

Sunday, November 1, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009
Makluman untuk semua.
Peperiksaan Akhir tahun akan dijalan seperti berikut:
Tarikh : 02/11/2009 hingga 04/11/2009
Masa : jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari.
Sekian

Thursday, October 15, 2009

CUTI SEMPENA DEEPAVALI

SK Buloh Poh akan bercuti sempena Hari Deepavali pada:
Tarikh
18 dan 19 Oktober 2009
( Ahad dan Isnin )

Persekolahan akan berjalan seperti biasa mulai
20 Oktober 2009 ( selasa )
Harap Maklum

Monday, September 28, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009



Majlis ini dimulakan pada jam 10.30 pagi.
Agihan makanan kepada para pelajar.
Jamuan bermula dengan berbagai ragam pelajar & guru menikmati juadah hari raya yang dibawa sendiri oleh pelajar.
Semoga program ini dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan staf sekolah.
sekian

Thursday, September 24, 2009

Santapan Kejayaan


RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan
3.3 mangkuk kerajinan
4.4 hiris keinsafan
5.5 keping kasih sayang
6.Beberapa potong kasih
7.Segenggam harapan
8.1/3 cawan air mata keinsafan
9.Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:

1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamah :)

Pesanan Editor: Bulan Syawal bulan kemenangan, setelah sebulan menahan nafsu, dan kini bermulalah medan bertempur hasil latihan di bulan Ramadhan. Ayuh sahabat semua, sama-sama berusaha untuk berjaya di dunia, dan akhirat terutamanya.

www.iluvislam.com
sumayyah90
Editor:lailatulema

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN,

drpd : WARGA SK Buloh Poh





SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2009. SEKOLAH AKAN BERCUTI
BERMULA :17/09/2009 (KHAMIS)-26/09/2009 (SABTU)
SEKOLAH DIBUKA SEMULA: 27 SEPTEMBER 2009 (AHAD)

.
Template Design by faris vio