Taklimat SAPS & SPPBS diadakan di Bilik Pemulihan pada jam 1.00 ptg. Semua guru yang terlibat hadir untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pn Jauhari.
Pada 08hb Ogos 2011, SK Buloh Poh telah dilawati oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan(KSPS JPNKEL), Tn Haji Abdul Aziz Bin Abdullah.Ini adalah lawatan yang julung kalinya di buat oleh beliau ke sekolah ini semenjak beliau memegang tampuk Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan. Kedatangan beliau telah disambut oleh Guru Besar Sekolah Buloh Poh En Aziz Mat Ail. Kedatangan KSPS JPNKEL ini mengambarkan keperihatinan beliau terhadap sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada KSPS JPNKEL atas kesudian beliau membuat lawatan sosial ini.
Pada setiap kali perhimpunan pagi, bahagian Kurikulum sekolah telah mengarahkan setiap panitia menyediakan beberapa soalan untuk diajukan kepada murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Pada minggu ini, giliran Panitia Matematik yang mengadakan Kuiz Matematik..
Majlis perjumpaan pihak pentadbiran dengan ibubapa murid tahun 6 untuk UPSR 2011. Taklimat ini disampaikan oleh Guru Besar iaitu En Aziz Mat Ail dengan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn Nor Atikah Abdul Majid.
Bagi murid-murid tahun 6, hari ini telah diadakan peperiksaan Pra Percubaan UPSR 2011. Peperiksaan ini akan berlangsung sepanjang 3 hari, iaitu Isnin, Selasa dan Rabu ( 25,26 & 27 Julai 2011 ).
Kepada semua murid diucapkan selamat menjawab peperiksaan dengan tekun dan teliti.
Pelancaran Program Buku Sifir ditangan Murid telah dilancarkan secara rasmi oleh Pn Nor Atikah Abdul Majid, Penolong Kanan Pentadbiran di tapak perhimpunan SK Buloh Poh. Sasarannya kepada murid Tahun 2 hingga Tahun 5. Mereka ini akan dibahagikan buku sifir yang perlu disemak oleh pihak guru apabila mereka selesai mengingatinya.. Saguhati disediakan kepada murid yang terawal mengingatinya.
Hari ini SK Buloh Poh dilawati oleh dua orang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan bahagian Pembangunan Sekolah. Beberapa tempat telah dilawati untuk projek Bangunan baru....
Pada 10 Julai 2011, panitia B.Inggeris telah mengadakan minggu bahasa Inggeris bersama dengan panitia Sains. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang minggu ini.
Antara program yang dijalankan bermula hari ini ialah "English Presentation 'A Red Bunny' for Year 1 "
Aktiviti Sains pula ialah mengajukan soalan secara spontan untuk tahap 1 dan 2 ditapak perhimpunan.
Murid yang dapat menjawab dengan betul terus diberikan saguhati.
LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA
Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Di Sekolah Kebangsaan Buloh Poh
Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, dan lain-lain yang berminat.