HOME

..."السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"...
" VISI " : SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DIDALAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2015..
"MISI" - SENTIASA MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASPIRASI NEGARA. Terima Kasih Kerana Sudi  Mengunjungi  Blog Kami ...
gifgifs.com

Friday, August 19, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA & BERTARAWIH

MAJLIS DIADAKAN PADA 18 OGOS 2011
Bersamaan 18 Ramadhan 1432H

Suasana majlis..











Sunday, August 14, 2011

TAKLIMAT DALAMAN SAPS & SPPBS

TAKLIMAT PEPERIKSAAN
oleh 
SUP PN JAUHARI RAWI
Taklimat SAPS & SPPBS diadakan di Bilik Pemulihan pada jam 1.00 ptg. Semua guru yang terlibat hadir untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pn Jauhari.








JADUAL PEPERIKSAAN BULAN OGOS (UBB4)

PEPERIKSAAN BULAN OGOS ( UBB4 )
& PERCUBAAN UPSR 2011
14-16 Ogos 2011

Selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua murid di SK Buloh Poh.
Semoga berjaya mendapat markah yang cemerlang..
Amin..
Jadual Peperiksaan Ogos


Monday, August 8, 2011

LAWATAN SOSIAL KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JPN KELANTAN

Pada 08hb Ogos 2011, SK Buloh Poh telah dilawati oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan(KSPS JPNKEL), Tn Haji Abdul Aziz Bin Abdullah.Ini adalah lawatan yang julung kalinya di buat oleh beliau ke sekolah ini semenjak beliau memegang tampuk Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kelantan. Kedatangan beliau telah disambut oleh Guru Besar Sekolah Buloh Poh En Aziz Mat Ail. Kedatangan KSPS JPNKEL ini mengambarkan keperihatinan beliau terhadap sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada KSPS JPNKEL atas kesudian beliau membuat lawatan sosial ini.
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN KELANTAN
Tn Haji Abdul Aziz Bin Abdullah





Sunday, August 7, 2011

KUIZ MATEMATIK

Pada setiap kali perhimpunan pagi, bahagian Kurikulum sekolah telah mengarahkan setiap panitia menyediakan beberapa soalan untuk diajukan kepada murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Pada minggu ini, giliran Panitia Matematik yang mengadakan Kuiz Matematik..

Antara pemenang dalam kuiz yang dilaksanakan




Wednesday, July 27, 2011

PERJUMPAAN IBUBAPA MURID UPSR2011

Majlis perjumpaan pihak pentadbiran dengan ibubapa murid tahun 6 untuk UPSR 2011. Taklimat ini disampaikan oleh Guru Besar iaitu En Aziz Mat Ail dengan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn Nor Atikah Abdul Majid.


Monday, July 25, 2011

PRA PERCUBAAN UPSR

Bagi murid-murid tahun 6, hari ini telah diadakan peperiksaan Pra Percubaan UPSR 2011. Peperiksaan ini akan berlangsung sepanjang 3 hari, iaitu Isnin, Selasa dan Rabu ( 25,26 & 27 Julai 2011 ).
Kepada semua murid diucapkan selamat menjawab peperiksaan dengan tekun dan teliti. 



"SEMOGA KEJAYAAN ANDA MENJADI KEBANGGAAN KAMI"

Sunday, July 24, 2011

PROGRAM BUKU SIFIR DITANGAN

Pelancaran Program Buku Sifir ditangan Murid telah dilancarkan secara rasmi oleh Pn Nor Atikah Abdul Majid, Penolong Kanan Pentadbiran di tapak perhimpunan SK Buloh Poh. Sasarannya kepada murid Tahun 2 hingga Tahun 5. Mereka ini akan dibahagikan buku sifir yang perlu disemak oleh pihak guru apabila mereka selesai mengingatinya.. Saguhati disediakan kepada murid yang terawal mengingatinya.
"KECEMERLANGAN DAN KEJAYAAN ANDA HARAPAN KAMI"

Wednesday, July 13, 2011

Sunday, July 10, 2011

LAWATAN PEGAWAI JPN (BHG PEMBANGUNAN)

Hari ini SK Buloh Poh dilawati oleh dua orang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan bahagian Pembangunan Sekolah. Beberapa tempat telah dilawati untuk projek Bangunan baru....
Dibelakang kawasan Padang Sekolah

Sekitar Bilik j-Qaf

PROGRAM MINGGU B.INGGERIS & SAINS

Pada 10 Julai 2011, panitia B.Inggeris telah mengadakan minggu bahasa Inggeris bersama dengan panitia Sains. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang minggu ini.
Antara program yang dijalankan bermula hari ini ialah "English Presentation 'A Red Bunny' for Year 1 "

Aktiviti Sains pula ialah mengajukan soalan secara spontan untuk tahap 1 dan 2 ditapak perhimpunan.

Murid yang dapat menjawab dengan betul terus diberikan saguhati.

Monday, July 4, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR
Di Dewan al-Ghazali
SMK Agama Melor
Kota Bharu, Kelantan.
Sebilangan pelajar SK Buloh Poh telah di hantar untuk mengikuti program ini.

Wednesday, June 29, 2011

LARIAN SERENTAK 1MURID / 1SUKAN (1M 1S) 1MALAYSIA

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Di Sekolah Kebangsaan Buloh Poh
Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, dan lain-lain yang berminat.
Gambar beramai-ramai selepas larian
Larian 1Murid 1Sukan bermula
Nyayian Lagu Negaraku
Larian Tamat




Gambar Sekitar Hari Larian 1murid1sukan

Sunday, June 26, 2011

MURID CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

Pada 20,21 & 22 Jun yang lalu para pelajar telah menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Pada minggu ini keputusan telah dapat dikeluarkan kepada semua pelajar.
Pihak sekolah telah menyampaikan saguhati kepada para pelajar yang cemerlang dalam kelas masing-masing.
Penyampaian hadiah
Barisan murid yang cemerlang

Sunday, June 19, 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

PEPERIKSAAN  PERTENGAHAN TAHUN 2011
Bermula pada:
20, 21 & 22 Jun 2011.
( Isnin, Selasa & Rabu)
Diharap semua pelajar bersiap sedia untuk menghadapinya.

PEPERIKSAAN  PERTENGAHAN TAHUN
KELAS KAFA 2011
Bermula pada:
26, 27 & 28 Jun 2011.
( Ahad, Isnin & Selasa)
Template Design by faris vio