HOME

..."السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"...
" VISI " : SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DIDALAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2015..
"MISI" - SENTIASA MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASPIRASI NEGARA. Terima Kasih Kerana Sudi  Mengunjungi  Blog Kami ...
gifgifs.com

Monday, August 16, 2010

PEPERIKSAAN UBB4 TAHUN 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR TAHUN 6 2010
PEPERIKSAAN UBB 4 UNTUK TAHUN 1 HINGGA 5

Tarikh : 16-18 Ogos 2010 (Isnin-Rabu)



Tahun 6 (Percubaan UPSR 2010)


Tahun 5


Tahun 4


Tahun 3


Tahun 2


Tahun 1

Tuesday, August 10, 2010

PESTA DURIAN

Pada 07 Ogos 2010......Aktiviti sampingan selepas program Keceriaan ialah "PESTA DURIAN"




Ketiga Johan Makan

Sekitar Pesta Durian

AKTIVITI MENGECAT SURAU

Pada 07 Ogos 2010....SK Buloh Poh telah mengadakan Program Kecerian Sekolah....salah satu acaranya ialah mengecat surau..........Guru dan pelajar sama2 mengecat surau

Aktiviti

PROGRAM MOTIVASI & REHAT MINDA



PROGRAM UPSR 2010
Kem Motivasi dan Rehat Minda UPSR 2010
Tarikh:
5-6 Ogos 2010
Tempat:
Pantai Baru Resort

Aktiviti Rehat Minda

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..


Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Sunday, July 25, 2010

SUKAN TAHUNAN SK BULOH POH

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH
TARIKH :
20/7/2010 (Selasa 5.00-6.30pm )
21/7/2010 ( Rabu 7.45-5.00 pm )
TEMPAT:
PADANG SEKOLAH

Sekitar Hari Kejohanan
Acara Balapan


Peyampaian Hadiah







ACARA SUKANEKA




(gambar yg lain akan dimasukkan kelak)

Monday, June 28, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010



Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Tarikh : 28-30 Jun 2010


Selamat Berusaha Demi Kejayaan Anda............


suasana di bilik peperiksaan.....

Thursday, June 24, 2010

PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA
Tempat : Sekolah Kebangsaan Buloh Poh
Masa : 8.00- 12.00 pagi

Tarikh : 24 Jun 2010



Sebanyak 5 buah sekolah telah menyertai pertandingan yang dijalankan. Keputusannya Adik Mohd Khair Aiman dari SK Sri Ketereh telah menjadi Johan untuk pertandingan ini.Tempat Kedua Adik Nur Izzah Anis dari SK Padang Mokan dan tempat Ketiga Adik Mohd Syahiddari SK Padang Kala. Hadiah telah disampaikan oleh En Zaipa Abd Samad PK HEM SK Buloh Poh.




Perasmian penutup oleh En Abdul Razak Ismail PK Kokurikulum SK Buloh Poh.



Suasana Pertandingan

Saturday, June 5, 2010

JAMUAN PERSARAAN CG. FAUZI & PERPINDAHAN PN BADARIAH


Jamuan di Restoran Cherita Kota Bharu
Persaraan Cikgu Fauzi.
Perpindahan Pn Badariah
pada 03 Jun 2010
Hari Khamis
Jam 1.30 petang




Tanda kenangan dari Pihak Sekolah kepada mereka berdua



ragam guru sekitar jamuan diadakan





Tuesday, May 18, 2010

CERAMAH KESIHATAN

CERAMAH KESIHATAN
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer
Peserta : 100 orang (pelajar Tahun 3-6)

Cara Menjaga Kesihatan


Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010


SELAMAT HARI GURU 2010
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Aktiviti sambutan hari Guru

Wednesday, May 12, 2010

LAWATAN PEGAWAI PPD KOTA BHARU




Lawatan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Tuan Hj Mohd Ezani b Awang bagi memberi motivasi kepada pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010. Beliau telah menaikkan semangat pelajar supaya rajin mentelaah buku. Harapan beliau semoga semua pelajar cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Sunday, May 9, 2010

KURSUS KETUA SEKAWAN DAN KEMAHIRAN PENGAKAP 2010


Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu telah mengadakan satu perkhemahan dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Daerah Kota Bharu.
Tarikh : 6-8 Mei 2010
Tempat : Kem Kijang Jln PCB Kota Bharu

Sekolah ini telah menghantar seramai 5 orang untuk menyertai perkhemahan tersebut. Alhamdulillah mereka ini telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Pada pagi ini pelajar tersebut telah dianugerahkan Sijil Penyertaan Perkhemahan tersebut.

UCAPAN HARI IBU

Semoga yang bergelar "IBU" akan dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.... sepanjang hidupnya.....
AMIN...........
Template Design by faris vio