HOME

..."السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"...
" VISI " : SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DIDALAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2015..
"MISI" - SENTIASA MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASPIRASI NEGARA. Terima Kasih Kerana Sudi  Mengunjungi  Blog Kami ...
gifgifs.com

Monday, June 28, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010



Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Tarikh : 28-30 Jun 2010


Selamat Berusaha Demi Kejayaan Anda............


suasana di bilik peperiksaan.....

Thursday, June 24, 2010

PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA
Tempat : Sekolah Kebangsaan Buloh Poh
Masa : 8.00- 12.00 pagi

Tarikh : 24 Jun 2010



Sebanyak 5 buah sekolah telah menyertai pertandingan yang dijalankan. Keputusannya Adik Mohd Khair Aiman dari SK Sri Ketereh telah menjadi Johan untuk pertandingan ini.Tempat Kedua Adik Nur Izzah Anis dari SK Padang Mokan dan tempat Ketiga Adik Mohd Syahiddari SK Padang Kala. Hadiah telah disampaikan oleh En Zaipa Abd Samad PK HEM SK Buloh Poh.




Perasmian penutup oleh En Abdul Razak Ismail PK Kokurikulum SK Buloh Poh.



Suasana Pertandingan

Saturday, June 5, 2010

JAMUAN PERSARAAN CG. FAUZI & PERPINDAHAN PN BADARIAH


Jamuan di Restoran Cherita Kota Bharu
Persaraan Cikgu Fauzi.
Perpindahan Pn Badariah
pada 03 Jun 2010
Hari Khamis
Jam 1.30 petang




Tanda kenangan dari Pihak Sekolah kepada mereka berdua



ragam guru sekitar jamuan diadakan





Tuesday, May 18, 2010

CERAMAH KESIHATAN

CERAMAH KESIHATAN
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer
Peserta : 100 orang (pelajar Tahun 3-6)

Cara Menjaga Kesihatan


Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010


SELAMAT HARI GURU 2010
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Aktiviti sambutan hari Guru

Wednesday, May 12, 2010

LAWATAN PEGAWAI PPD KOTA BHARU




Lawatan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Tuan Hj Mohd Ezani b Awang bagi memberi motivasi kepada pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010. Beliau telah menaikkan semangat pelajar supaya rajin mentelaah buku. Harapan beliau semoga semua pelajar cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Sunday, May 9, 2010

KURSUS KETUA SEKAWAN DAN KEMAHIRAN PENGAKAP 2010


Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu telah mengadakan satu perkhemahan dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Daerah Kota Bharu.
Tarikh : 6-8 Mei 2010
Tempat : Kem Kijang Jln PCB Kota Bharu

Sekolah ini telah menghantar seramai 5 orang untuk menyertai perkhemahan tersebut. Alhamdulillah mereka ini telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Pada pagi ini pelajar tersebut telah dianugerahkan Sijil Penyertaan Perkhemahan tersebut.

UCAPAN HARI IBU

Semoga yang bergelar "IBU" akan dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.... sepanjang hidupnya.....
AMIN...........

Saturday, May 1, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA


Pastinya semua orang tahu hari pekerja di raikan di seluruh negara pada setiap 1 Mei, di Malaysia pun tarikh 1 mei telah diwartakan sebagai cuti umum sempena sambutan hari pekerja. Untuk ingat kembali sejarah hari pekerja atau dahulunya disebut hari buruh serta kenapa dipilih tarikh 1 Mei setiap tahun, ianya bermula sejak tahun 1884 lagi apabila Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh meminta tempoh maksima lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat. Kemudian pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa….(sumber asal dari wiki)
Kepada semua pekerja yang dihormati, selamat meraikan cuti sempena hari pekerja dan kepada mereka yang tidak atau masih belum bekerja pula, selamat bercuti sempena meraikan orang yang bekerja bercuti… :D

Sunday, April 25, 2010

UJIAN KELAS PEMULIHAN

INSTRUMEN PENENTUAN PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS
(IPP2M)
Tarikh : 25 April 2010
Sasaran : 10 orang pelajar Pemulihan
Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Tempat : Kelas Pemulihan

Cikgu Pemulihan : En Sukeri bin Yunus

Sunday, April 18, 2010

ANUGERAH GRED PURATA SEKOLAH TERBAIK UPSR 2009

Sekolah Kebangsaan Buloh Poh telah dipilih oleh PPD Kota Bharu sebagai salah satu sekolah yang terbaik dalam Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 2.44 dan salah satu Kelompok Sekolah Angkat PPD Kota Bharu.
" TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT"
Teruskan Usaha Untuk UPSR pada Tahun ini.

Wednesday, April 14, 2010

PAMERAN BUKU


Pameran ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar pada amalan membaca buku, kerana sebelum ini pelajar-pelajar kurang berminat untuk melawati Pusat Sumber Sekolah. Jadi dengan adanya pameran seperti ini mereka akan diberi tunjuk ajar oleh pihak guru. Pameran ini adalah atas usaha Guru Pusat Sumber Sekolah iaitu Pn Noorhayati Shamsuddin. Semoga dengan adanya pameran ini para pelajar akan berminat untuk terus membaca tidak kira dimana saja.
" MEMBACA ITU TANGGA KEJAYAAN"

Pelajar Prasekolah

Tuesday, April 13, 2010

Sunday, April 4, 2010

Thursday, April 1, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Satu pemeriksaan Kesihatan telah dilakukan ke atas pelajar SK Buloh Poh. Pemeriksaan kesihatan ini dilakukan oleh para pegawai kesihatan dari Unit Sekolah Jabatan Kesihatan

Template Design by faris vio