HOME

..."السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"...
" VISI " : SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DIDALAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2015..
"MISI" - SENTIASA MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASPIRASI NEGARA. Terima Kasih Kerana Sudi  Mengunjungi  Blog Kami ...
gifgifs.com

Sunday, September 6, 2009

CALON UPSR 2009 SKBPOH


Gambar kenangan pelajar Tahun 6 2009 bersama PK 1 dan Guru yang mengajar tahun 6. Kami para guru mendoakan agar anak didik kami akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR yang akan dihadapi pada hari Selasa 8, 9 dan 10 September 2009 ini. Amin.........

Amanat UPSR Dan Majlis Penyerahan Ilmu



Pada hari ini 6 September 2009, beberapa amanat penting telah disampaikan kepada pelajar UPSR oleh Tuan Haji Razali b Ismail Pegawai PPD Kota Bharu, Guru Besar, En Aziz b Mat Ail dan juga Para Guru.


Selepas amanat disampaikan Majlis Penyerahan Ilmu dilaksana di surau sekolah. Para pelajar dan guru bersalam-salaman meminta restu ilmu yang dipelajari selama ini...

Saturday, September 5, 2009

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR 09

Tarikh : 04 September 2009
Tempat: SK Buloh Poh
Majlis berbuka puasa dan solat hajat UPSR 2009. Majlis ini telah dihadiri oleh 50 orang tetamu iaitu dikalangan ibu bapa pelajar yang datang untuk sama-sama meraikan majlis tersebut.
Sebelum berbuka puasa, majlis bacaan tahlil diadakan.
Selepas berbuka puasa, solat Maghrib dan solat Hajat bagi pelajar-pelajar yang menduduki UPSR pada tahun ini.
Warga SKBPoh telah mengadakan solat terawih berjamaah di Surau sekolah.

SEMOGA DENGAN BERKAT BULAN YANG MULIA INI, SEMUA PELAJAR SKBPOH INI AKAN MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM UPSR NANTI
"5A"
KAMI YAKIN BOLEH

Friday, August 28, 2009

Thursday, August 27, 2009

Friday, August 21, 2009

Monday, August 10, 2009

Peperiksaan UBB4

Selamat menduduki UBB4 kepada semua pelajar SK Buloh Poh.
Peperiksaan ini bermula pada 10 Ogos hingga 12 Ogos 2009.
Semoga anda dapat menjawab dengan tenang......
SKBPoh Boleh !!!!!!!

Tuesday, July 7, 2009

PENYAMPAIAN BUKU KWAPM


Tempat : SK Buloh Poh
Tarikh : 07/07/2009

Majlis KWAPM ini diadakan secara berperingkat-peringkat. Kedatangan ibubapa adalah menggalakkan. Semoga hasil duit KWAPM ini dibelanjakan dengan baik untuk meningkatkan lagi pendidikan anak-anak kita...
"SATU MALAYSIA"

Sunday, July 5, 2009

Penyampaian Hadiah UBB3 untuk Pelajar Cemerlang



Pihak Sekolah SKBPoh telah mengadakan Majlis ringkas untuk memberi semangat dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Dalam Peperiksaan ini 3 calon UPSR telah mendapat 5A dalam subjek UPSR....
TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA.......
SKBPOH YAKIN BOLEH

Sunday, June 21, 2009

PENGGUNAAN HEADCOUNT DAN LINK AKADEMIK

TAJUK :PENGGUNAAN HEADCOUNT DAN LINK AKADEMIK

Tarikh : 20 Jun 2009 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Makmal Komputer
SK Buloh Poh.
Sasaran : Semua Guru SKBPOH

Sunday, May 24, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SKBPOH


Tarikh : 17 Mei 2009
Tempat : Dataran SKBuloh Poh

Pelbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan sambutan hari Guru peringkat sekolah.
Ini semua adalah rangkuman aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.
"TERIMA KASIH CIKGU"

Wednesday, May 13, 2009

KEM JATIDIRI & KECEMERLANGAN UPSR 2009


KEM JATIDIRI DAN KECEMERLANGAN UPSR 2009
TARIKH : 8-9/5/2009
TEMPAT: CHALET PANTAI BARU BACHOK
Dalam program ini semua guru dan kakitangan SKBP terlibat dengan sepenuhnya. Para peserta kursus didedahkan dengan cara menjawab dalam UPSR, Program Kemasyarakatan, Muhasabah Diri dan juga aktiviti Riadah.
Semoga peserta kursus dapat mengambil teladan dan panduan dalam kem tersebut.....
5A KAMI YAKIN BOLEH

Saturday, April 25, 2009

KURSUS EDU WEB TV


KURSUS APLIKASI EDU WEB TV
2009


Tempat : Makmal Komputer Sekolah
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tarikh : 25 April 2009
Perasmian :
Tuan Guru Besar
En Aziz b Mat Ail

Kursus ini telah mendapat sambutan yang baik daripada kalangan guru. Insya'allah kursus ini akan dapat diaplikasikan dalam P&P untuk murid, semoga pelajar yang dilahirkan nanti akan bijak dalam bidang IT....

Wednesday, April 22, 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Pada 29/03/2009 Sekolah Kebangsaan Buloh Poh telah mengadakan satu program perayaan dalam Islam iaitu "SAMBUTAN MAULIDUR RASUL". Pada majlis ini pelabagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Ceramah Sirah Nabi, Selawat, Kuiz dan Pemilihan Tokoh Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Penceramah telah diundang khas dari Sk Fikry Gua Musang iaitu al Fadhadil Ustaz Husni Nasim.
Sambutan yang diberikan oleh pihak PIBG sekolah amat baik.
Diharapkan agar pembabitan pihak PIBG dengan program sekolah akan terus maju kehadapan. insya'allah......

Sunday, April 12, 2009

Mesyuarat Agung PIBG ke28 SKBP


Pada 04 April 2009 yang lalu, Pihak sekolah telah mengadakan satu mesyuarat iaitu Mesyuarat PIBG ke28, Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohammad bin Jusoh, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu.

Dalam majlis ini telah diselitka dengan acara penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam UBB bulan Febuari yang lalu. Semoga Persatuan IbuBapa dan Guru pada Tahun ini akan dapat memberi sumbangan yang besar kepada para pelajar bagi melahirkan pelajar yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG di daerah Kota Bharu ….. Amin

Template Design by faris vio