Pada 9 Februari yang lepas, Guru Bimbingan telah pergi ke rumah seorang murid iaitu salah seorang calon UPSR pada tahun ini membuat lawatan kerana ketidakhadiran murid ini ke sekolah. Murid ini telah menjalani pembedahan kecil dibelakangnya untuk membuang penyakit yang dialaminya.
Pada minggu ini (19-23 Februari 2012) Panitia Bahasa Melayu mengadakan kuiz dan bacaan pantun untuk semua murid di SK Buloh Poh. Bagi mereka yang berjaya menjawab soalan diberikan saguhati untuk menarik minat murid yang lain.
Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah.
Program yang dilaksanakan adalah
1.Ceramah oleh Al Fadhil Ustaz Abd Hadi Mat Junoh (Pegawai SAR & KAFA SPI JPN Kelantan.)
2. Selawat Ke atas Nabi Muhammad SAW
3. Pertandingan Nasyid
4. Bersajak
5. Bercerita
6. Pertandingan Pakaian paling menarik
Hadis 2 : Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak, - diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim: Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak