HOME

..."السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"...
" VISI " : SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DIDALAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2015..
"MISI" - SENTIASA MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASPIRASI NEGARA. Terima Kasih Kerana Sudi  Mengunjungi  Blog Kami ...
gifgifs.com

Saturday, April 30, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2011

Sambutan Hari Pekerja 2011 akan diraikan pada Ahad ini. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum.
Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara.
Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.
Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan 'Pekerja Merealisasi Transformasi Negara' akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.

Sunday, April 24, 2011

KECEMERLANGAN AKADEMIK UBB APRIL 2011

Penyampaian Hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam UBB April 2011

Penyampaian ini diadakan pada perhimpunan pagi yang disempurnakan oleh Pn Nor Atikah PK Pentadbiran sekolah.

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH

SK Buloh Poh dan SK Kg Chengal telah bergabung dalam pertandingan Bola Baling bahagian Perempuan bawah 12 tahun bagi mewakili QIT Melor dalam daerah Kota Bharu Selatan. Pertandingan ini diadakan pada 23 April 2011 bertempat di SMK Mulong.
Sepanjang pertandingan tersebut QIT Melor telah mengalahkan QIT Salor dan QIT Pangkal Kalong serta tewas pada QIT Peringat. Qit Melor telah mendapat tempat Naib Johan dalam Kumpulan. Pada peringkat Semi Final QIT Melor telah tewas kepada QIT Kedai Buloh. Tetapi telah mendapat tempat ketiga dalam Daerah Kota Bharu
Tahniah diucapkan kepada semua Pemain......

Gambar Sekitar Pertandingan



Upacara Penyampaian Sijil Gangsa dan Medal Pertandingan.

Monday, April 18, 2011

PEPERIKSAAN UBB APRIL 2011

UBB APRIL 2011
18 HINGGA 20 APRIL 2011
Semoga Semua Murid Dapat Menjawabnya Dengan Baik...
AMIN....

Monday, April 11, 2011

PARA PEMAIN BOLA BALING SKBPOH

Pada 10/4/2011, SK Buloh Poh telah menghantar pasukan Bola Baling Perempuan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Bola Baling Peringkat QIT Melor. Pasukan B.Baling SKBPoh berada dalam kumpulan B bersama SK Ketereh, SK Sri Melor dan SK Pdg Mokan.
Keputusan sepanjang perlawanan dalam kumpulan adalah seperti berikut:
SKBpoh vs SK Sri Melor ( 1-1 )
SKBPoh vs SK Ketereh ( 3-0 )menang percuma
SKBPoh vs SK Pdg Mokan ( 4-3 )
SKBpoh telah menjadi Juara kumpulan B. Pada peringkat separuh akhir
SKBpoh vs SK Kg Chengal ( 3-1 ) 
dan di final SKBpoh vs SK Seri Ketereh ( 4-2 ). 
SK BULOH POH JUARA!!!!!!!!!

Sunday, April 10, 2011

MAJLIS KECEMERLANGAN MURID SKBPOH 2011


MAJLIS KECEMERLANGAN MURID SKBPOH 2011
SASARAN :
PELAJAR TAHUN 5 &6 DAN PARA IBUBAPA
TARIKH:
10 APRIL 2011
MASA:
8.00-11.00 PAGI
TEMPAT:
MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
Ceramah Motivasi:

TUAN HAJI AHMAD TERMIZI BIN HAJI MUSA

Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
 
 
 

Monday, April 4, 2011

PEMAIN BOLA TAMPAR DAN BOLA JARING SEKOLAH

Pemain Bola Tampar dan Bola Jaring Sekolah telah mendapat tempat Naib Johan dalam pertandingan yang diadakan pada peringkat QIT Melor.
Sebahagian daripada mereka ini  terpilih untuk  mewakili QIT Melor.

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN

Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Pertandingan Meneka Nama Peralatan KH.....
Pertandingan telah mendapat kerjasama dari Panitia KH.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang....
Template Design by faris vio