HOME

..."السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"...
" VISI " : SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DIDALAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2015..
"MISI" - SENTIASA MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASPIRASI NEGARA. Terima Kasih Kerana Sudi  Mengunjungi  Blog Kami ...
gifgifs.com

Monday, September 28, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009



Majlis ini dimulakan pada jam 10.30 pagi.
Agihan makanan kepada para pelajar.
Jamuan bermula dengan berbagai ragam pelajar & guru menikmati juadah hari raya yang dibawa sendiri oleh pelajar.
Semoga program ini dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan staf sekolah.
sekian

Thursday, September 24, 2009

Santapan Kejayaan


RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:

1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan
3.3 mangkuk kerajinan
4.4 hiris keinsafan
5.5 keping kasih sayang
6.Beberapa potong kasih
7.Segenggam harapan
8.1/3 cawan air mata keinsafan
9.Semangkuk azam
10.Sekuntum A untuk hiasan

Cara membuatnya:

1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.
5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan seyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamah :)

Pesanan Editor: Bulan Syawal bulan kemenangan, setelah sebulan menahan nafsu, dan kini bermulalah medan bertempur hasil latihan di bulan Ramadhan. Ayuh sahabat semua, sama-sama berusaha untuk berjaya di dunia, dan akhirat terutamanya.

www.iluvislam.com
sumayyah90
Editor:lailatulema

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN,

drpd : WARGA SK Buloh Poh





SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2009. SEKOLAH AKAN BERCUTI
BERMULA :17/09/2009 (KHAMIS)-26/09/2009 (SABTU)
SEKOLAH DIBUKA SEMULA: 27 SEPTEMBER 2009 (AHAD)

.

Wednesday, September 16, 2009



MAJLIS IHYA' RAMADHAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA
Tempat : Dataran SKBPoh
Tarikh : 16/09/2009
Masa : 7.45 pagi
Sasaran : Semua Pelajar SKBPoh
Majlis dimulakan dengan upacara pagi, ucapan oleh guru yang bertugas. Majlis diteruskan dengan tazkirah akhir ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Roskeman dan Ceramah Menyambut Aidilfitri oleh yang berusaha Tuan Guru Besar En Aziz Mat Ail.
Majlis diteruskan lagi dengan acara bersalaman dengan guru dan pemberian sumbangan Hari Raya kepada setiap pelajar yang hadir ke sekolah.


Tuesday, September 8, 2009

Sunday, September 6, 2009

CALON UPSR 2009 SKBPOH


Gambar kenangan pelajar Tahun 6 2009 bersama PK 1 dan Guru yang mengajar tahun 6. Kami para guru mendoakan agar anak didik kami akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR yang akan dihadapi pada hari Selasa 8, 9 dan 10 September 2009 ini. Amin.........

Amanat UPSR Dan Majlis Penyerahan Ilmu



Pada hari ini 6 September 2009, beberapa amanat penting telah disampaikan kepada pelajar UPSR oleh Tuan Haji Razali b Ismail Pegawai PPD Kota Bharu, Guru Besar, En Aziz b Mat Ail dan juga Para Guru.


Selepas amanat disampaikan Majlis Penyerahan Ilmu dilaksana di surau sekolah. Para pelajar dan guru bersalam-salaman meminta restu ilmu yang dipelajari selama ini...

Saturday, September 5, 2009

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat UPSR 09

Tarikh : 04 September 2009
Tempat: SK Buloh Poh
Majlis berbuka puasa dan solat hajat UPSR 2009. Majlis ini telah dihadiri oleh 50 orang tetamu iaitu dikalangan ibu bapa pelajar yang datang untuk sama-sama meraikan majlis tersebut.
Sebelum berbuka puasa, majlis bacaan tahlil diadakan.
Selepas berbuka puasa, solat Maghrib dan solat Hajat bagi pelajar-pelajar yang menduduki UPSR pada tahun ini.
Warga SKBPoh telah mengadakan solat terawih berjamaah di Surau sekolah.

SEMOGA DENGAN BERKAT BULAN YANG MULIA INI, SEMUA PELAJAR SKBPOH INI AKAN MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM UPSR NANTI
"5A"
KAMI YAKIN BOLEH
Template Design by faris vio