HOME

..."السلام عليكم ورحمة الله وبركاته"...
" VISI " : SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH POH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DIDALAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2015..
"MISI" - SENTIASA MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG DAN GEMILANG DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASPIRASI NEGARA. Terima Kasih Kerana Sudi  Mengunjungi  Blog Kami ...
gifgifs.com

Saturday, April 25, 2009

KURSUS EDU WEB TV


KURSUS APLIKASI EDU WEB TV
2009


Tempat : Makmal Komputer Sekolah
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tarikh : 25 April 2009
Perasmian :
Tuan Guru Besar
En Aziz b Mat Ail

Kursus ini telah mendapat sambutan yang baik daripada kalangan guru. Insya'allah kursus ini akan dapat diaplikasikan dalam P&P untuk murid, semoga pelajar yang dilahirkan nanti akan bijak dalam bidang IT....

Wednesday, April 22, 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Pada 29/03/2009 Sekolah Kebangsaan Buloh Poh telah mengadakan satu program perayaan dalam Islam iaitu "SAMBUTAN MAULIDUR RASUL". Pada majlis ini pelabagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Ceramah Sirah Nabi, Selawat, Kuiz dan Pemilihan Tokoh Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Penceramah telah diundang khas dari Sk Fikry Gua Musang iaitu al Fadhadil Ustaz Husni Nasim.
Sambutan yang diberikan oleh pihak PIBG sekolah amat baik.
Diharapkan agar pembabitan pihak PIBG dengan program sekolah akan terus maju kehadapan. insya'allah......

Sunday, April 12, 2009

Mesyuarat Agung PIBG ke28 SKBP


Pada 04 April 2009 yang lalu, Pihak sekolah telah mengadakan satu mesyuarat iaitu Mesyuarat PIBG ke28, Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohammad bin Jusoh, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu.

Dalam majlis ini telah diselitka dengan acara penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam UBB bulan Febuari yang lalu. Semoga Persatuan IbuBapa dan Guru pada Tahun ini akan dapat memberi sumbangan yang besar kepada para pelajar bagi melahirkan pelajar yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG di daerah Kota Bharu ….. Amin

Template Design by faris vio